hasegawa,
Selamat datang ke forum.. welcome. Lama dah tak nampak nama Hasegawa. Dulu selalu main dengan Tamiya sahaja
Untuk tinted, saya dah buat research. Ada beberapa brand yang elok. Antaranya adalah:
V-Kool: Ada beberapa jenis, yang paling mahal adalah yang terbaik (semestinya) dan boleh tahan panas yang paling tinggi. Kenderaan saya dahulu memakai V-Kool Goldust. Mempunyai ciri-ciri keemasan dan reflective. Golddust walaupun cantik, tidak mempunyai daya tahan panas yang elok. Harus juga diingati bahawa V-Kool yang terbaik, pancaran SmartTag dan GPS tidak boleh menembusi cermin.
3M Crystalline: Ini juga merupakan salah satu yang setanding dengan V-Kool. Daya ketahanan panasnya adalah begitu tinggi dan tidak mempunyai partikel-partikel aluminium di dalamnya, maka ianya tidak nampak berkilat seperti V-Kool Goldust. 3M Crystalline ini juga seperti V-Kool yang hi end, pancaran Smart Tag dan GPS tidak dapat menembusi cermin.
Huper Optik: Jenama ini telah lama berada di pasaran. Sama lamanya dengan V-Kool. Huper Optik ini mempunyai daya tahan panas yang elok, tetapi tidak setinggin V-Kool yang hi end dan juga 3M Crystalline. Cermin depan boleh mendapat pancaran Smart Tag dan GPS.
Saya memakai jenama WinGard, iaitu Security Film dan Tinted 2 dalam 1. Security Film ini membolehkan cermin kenderaan saya supaya menjadi kalis pecah. Saya telah melihat sendiri demo WinGard ini di dua lokasi, satu di kedainya dan satu lagi saya mengajak mereka datang untuk membuat demo semasa TT (teh tarik) session kelab saya dahulu bersama kelab lain. Dalam demonstrasi itu, cermin standard Wira (yang paling nipis) telah diselaputi dengan filem WinGard dan kami cuba sedaya upaya untuk memecahkan cermin tersebut. Batang baseball kayu yang kami gunakan patah, batu bata yang kami cari di tempat terdekat juga apabila dibaling, melantun balik dan cermin hanya terguris. Batang besi yang kami pukul dan cucuk berulang-ulang kali hanya dapat membuat retakan yang minimum. Setelah di flying kick beberapa kali oleh orang-orang WinGard, barulah cermin itu pecah, tetapi tidak berderai. Jenama lain juga mempunyai Security Film tetapi ketebalannya adalah 6mil tetapi WinGard adalah hanya 4 mil. Ini kerana WinGard menggunakan technology penggabungan 2 dalam 1 mana yang lain meletakkan 2 filem yang berlainan. Satu filem 4 mil untuk Security dan satu filem 2 mil untuk tinted. Ini membebankan power window dan juga permukaan yang melengkung seperti cermin depan dan belakang, akan membuat lapisan filem itu berkedut.
Ketahanan panas tidak lah se-elok V-Kool atau 3M Crystalline yang hi end tetapi saya boleh menggunakan Smart Tag dan GPS dan saya berasa lebih selamat apabila meninggalkan laptop dalam kenderaan apabila keluar sekejap untuk membayar petrol, beli suratkhabar atau pergi ke ATM tanpa risau sekiranya ada orang yang akan pecah cermin kereta saya dan mengambil laptop atau barang2 lain yang berharga. Ia hanya mengambil kurang dari 10 saat untuk seseorang memecahkan cermin dan meragut apa yang ada didalam kereta seperti handbag, laptop atau barang2 bernilai, termasuk GPS.
Filem apa yang anda gunakan, sekiranya kenderaan di letakkan di bawah panas terik tengah hari, kenderaan itu akan menjadi panas juga. Cuma, kita hanya dapat menyejukkannya dengan cepat apabila menggunakan filem tinted.
Translation: Too long to translate. PM me if you want to know what I have written to be translated in English. Basically, its about tinted films and the differences between V-Kool, 3M Crystalline, Huper Optik and WinGard.
KowSapKow
-CBP-